Inheritance CycleSiri Pusaka (Inheritance Cycle) merupakan siri novel fantasi yang dikarang oleh pengarang Amerika Syarikat, Christopher Paolini dan telah dijual lebih daripada 8 juta buku di seluruh dunia. Pada tahun 2007, 2 daripada jumlah 4 buah buku telah diterbitkan: Eragon (2003) dan Eldest (2005). Buku ketiga yang masih dalam proses mengarang dan akan diterbit pada tahun 2008 dan buku keempat merupakan buku terakhir. Rancangan penerbit untuk menerbitkan buku keempat, yang juga merupakan buku terakhir belum ditetapkan. Pada tahun 2006, Eragon telah diadaptasikan kepada filem. Novel-novel tersebut berlatarkan tanah Alagaësia dan berfokus kepada seorang remaja lelaki yang bernama Eragon dan naganya Saphira dan dia mendapatinya seorang Penunggang Naga, kumpulan termasyhur yang menjadi pemerinath pada zaman dahulu. Raja Galbatorix telah menghapuskan sistem ini dan menjadi raja kepada Alagaësia. Dia cuba membunuh remaja dan naganya dan pengembaraan mereka merentasi Alagaësia telah bermula. Sejarah PenerbitanChristopher Paolini, pengarang Siri Pusaka, menerima pendidikan daripada ibu bapanya di ruymah. Beliau menamatkan pelajaran sekolah menengah pada umur 15 tahun. Oleh kerana dia berasa bahawa masih belumcukup matang untuk memasuki kolej, beliau telah menghasilkan Eragon pada masa lapangnya. Ketika dia berumur 19 tahun, ibu bapanya telah menerbitkan bukunya di syarikat penerbitan sendiri, iaitu Paolini Internatonal. Pada tahun 2002, Eragon diterbitkan semula oleh syarikat penerbitan Knopf dan buku tersebut menjadi terlaris jualannya. Eldest pula diterbitkan pada Ogos 2005. SinopsisDi tanah fiksyen Alagaësia (yang merupakan latar belakang trilogi), terdapat organisasi yang memerintah tempat itu dan membawa keamanan kepada dunia. Kumpulan ini dikenali sebagai Penunggang Naga dan Shur'tugal dalam Bahasa Purba kerana mereka menunggang naga dan masing-masing mempunyai ikatan yang kuat dengan naga-naga meraka. Naga seorang Penunggang Naga bernama Galbatorix telah dibunuh oleh trol jenis Urgal. Ole kerana permintaan untuk mendapat naga baru ditolah oleh Majlis Penunggang Naga, dia menjadi marah dan cuba menghapuskan para Penunggang Naga. Dia mencuri seekor naga hitam dan dinamanya Shruikan. Dia memaksa Shruikan menurut segala perintahnya dan akhirnya, dengan naganya dan Forsworn Tiga Belas, 13 pengikut Galbatorix yang merupakan pembolot kepada Penunggang Naga, dia berjaya menghapuskan para penunggang dan naga dan menjadi raja kepada Alagaësia. Sinopsis EragonMerujuk kepada Eragon Sinopsis EldestMerujuk kepada Eldest Latar TempatTanah Alagaësia
Watak manusia dan bukan manusia
Lihat juga |
Portal di Ensiklopedia Dunia