C SharpC# (disebut "C Sharp") ialah sebuah bahasa pengaturcaraan berorientasi objek yang dicipta oleh Microsoft sebagai satu daripada inisiatif .NET mereka. C# kemudiannya diselaraskan sebagai piawai antarabangsa oleh ECMA dan ISO. Matlamat Rekabentuk BahasaECMA talah menyenaraikan matlamat rekabentuk bahasa pengaturcaraan C# C# akan menjadi bahasa pengaturcaraan yang mudah, moden, efesien, berorientasikan objek. Bahasa C# dikatakan mudah kerana dalam bahasa C#, sifat-sifat yang komplek yang terdapat dalam bahasa pengaturcaraan lain sebgai contohnya Java dan C++ telah dihilangkan. Antaranya ialah macro, templates, multiple inheritance dan virtual base classes. Contoh Hello DuniaBerikut merupakan contoh program Hello Dunia fail hello.cs: public class ContohClass
{
public static void Main()
{
System.Console.WriteLine("Hello, dunia!");
}
}
Setelah di kompilasi dan dilaksanakan. Paparan Hello, dunia! akan dipaparkan pada konsol. Setiap baris mempunyai tujuan spesifik. seperti berikut public class ContohClass
Ini merupakan definasi kelas, ia merupakan public (awam), ini bermakna objek dalam projek lain pun boleh mencapai kelas ini. |
Portal di Ensiklopedia Dunia