Python
Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta oleh Guido van Rossum pada tahun 1991. Ia merupakan sebuah bahasa ditafsir, interaktif dan berorientasi objek. Python adalah beraneka paradigma, menggunakan sistem penjenisan dinamik dan pengurusan memori automatik. Oleh kerana itu, ia lebih kurang sama dengan Perl, Ruby, Scheme, Smalltalk dan Tcl. Pelaksanaan piawai untuk bahasa ini ialah CPython. CPython dikendalikan oleh Yayasan Perisian Python yang bukan untung di bawah model pembangunan sumber terbuka iaitu diterbitkan di bawah Lesen Python, CPython adalah sebuah perisian bebas. Sejarah![]() Pembina dan pereka utama Python ialah Guido van Rossum. Versi python yang terawal direka di CNRI (kep. Centre for National Research Initiatives, BM: Pusat Inisiatif Kajian Kebangsaan). Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Guido dan pasukan Python (termasuk Tim Peters, Barry Warsay, Jeremy Hylton, dan Fred Drake) berpindah ke BeOpen dan kemudiannya ke Digital Creations. Python 1.5.2Python dibangunkan dan dikeluarkan melalui lesen awam yang dibekalkan oleh CNRI. Python 1.5.2 mengandungi kebanyakan kefungsian seperti Python yang ada pada hari ini. Keluaran terakhir Python 1.5.2 adalah pada 13 April 1999. Python 1.6Dalam September tahun 2000 (selepas Guido meninggalkan CNRI), terdapat dua versi keluaran Python 1.6; Python 1.6 dari CNRI dan Python 1.6b1, versi beta dikeluarkan oleh Guido dan pasukan pembinaan BeOpen. Versi ini mengandungi sedikit kemajuan iaitu termasuk perubahan di dalam cara objek senarai berkerja serta kemajuan pada soket dan alatan penukaran deretan-kepada-angka. Python 2.0Python 2.0 dikeluarkan pada 16 Oktober 2000, dengan banyak ciri baharu termasuk "pemungut sampah" dan sokongan untuk Unikod. Walau bagaimanapun, perubahan terbesar ialah pada proses pembangunan itu sendiri dengan anjakan kepada proses yang lebih telus dan disokong masyarakat pembangun.[2]
Python 3.0Python 3.0 (juga disebut Python 3000 atau py3k), ialah keluaran besar serasi mundur yang dikeluarkan pada 3 Disember 2008[3] selepas lama dicuba. Kebanyakan tampilan utamanya telah dibackport kepada Python 2.6 dan 2.7 yang serasi mundur.[4] Sintaks dan semantikPython direka agar amat mudah dibaca. Ia mensasarkan kepada reka letak yang tidak berserabut, menggunakan kata kunci Bahasa Inggeris dengan kerap sedangkan bahasa lain kerap menggunakan tanda baca.Python memerlukan kurang plat dandang berbanding bahasa berstruktur yang ditaip secara statik seperti C atau Pascal, dan bilangan penerimaan sintaks yang lebih kecil. Python menggunakan ruang kosong daripada menggunakan kurungan kerinting, membatasi blok-blok kenyataan. Kenyataan-kenyataan python termasuklah:
Setiap kenyataan mempunyai semantiknya yang tersendiri:sebagai contoh, kenyataan ContohBerikut ialah contoh skrip hello world yang ditulis dalam Python. print('Hello world!')
Rujukan
Lihat jugaPautan luar
|
Portal di Ensiklopedia Dunia