Java
Java ialah sebuah bahasa pengaturcaraan pengaturcaraan berorientasi objek yang dibangunkan oleh James Gosling dan rakan-rakan sekerjanya di Sun Microsystems pada awal 1990-an. Tidak seperti kebiasaan bahasa pengaturcaraan lain yang direka bentuk untuk dikompil kepada kod mesin ataupun diterjemah terus dari kod sumber semasa masa jalanan, Java dikhaskan untuk dikompil kepada kod bait (ia boleh juga dikompil kepada kod mesin menggunakan gcj), yang mana ia akan dilaksanakan (biasanya menggunakan kompilasi JIT (just in time)) oleh Mesin Maya Java (JVM). Bahasa pengaturcaraan Java banyak meminjam sintaks daripada C dan C++ tetapi mempunyai model objek yang mudah dan kurangnya fasiliti aras-rendah. Java sebenarnya tiada kaitan dengan JavaScript walaupun kedua-duanya mempunyai nama yang sama dan berkongsi sintaks yang seakan-akan C.
Contoh// Indah.java
public class Indah {
public static void main(String[] args) {
System.out.println("Indahnya Dunia!");
}
}
Setiap program Java hendaklah mempunyai paling kurang 1 class. Program Java bermula dengan main method iaitu public static void main(String[] args)
. Kata kunci public
ialah access modifier. Kata kunci static
membolehkan sesuatu method itu diakses tanpa perlu membuat objek. System.out.println();
System ialah class Out ialah objek. Println ialah method. SintaksSintaks Java serupa dengan sintaks C yang menggunakan kurungan beralun untuk memisahkan blok-blok kod. PengenalpastiJava membenarkan pengenalpasti yang bukan kata simpanan, bermula dengan huruf, garis bawah ( int nombor = 1;
double π = 3.14159;
Orang $seseorang = new Orang();
boolean _biar = true;
boolean _123 = false;
Manakala, yang berikut adalah salah: int int = 1;
String 123 = "Hai!";
PengulanganDalam Java, pengulangan (looping) boleh dilakukan dengan menggunakan gelung
Gelung for (int i = 0; i < akhir; i++) {
// Buat sesuatu.
}
atau for (Benda benda : senaraiBenda) {
// Buat sesuatu.
}
Dalam sintaks yang pertama, Sintaks yang kedua pula terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan dengan titik bertindih ( Kelebihan
VersiVersi utama Java dengan tarikh dilancarkan:
Perisian Pembangunan JavaPenghasilan perisian menggunakan bahasa Java boleh dilakukan dengan berbantukan perisian persekitaran pembangunan java (Java IDE). Salah satu perisian popular tersebut ialah Netbean dan ia percuma. Perisian ini bukan sahaja memperbolehkan kita melakukan kerja-kerja pengaturcaraan biasa, malah program ini juga menyokong konsep pembangunan perisian mengunakan kaedah terkini seperti menggunakan UML. Melalui kaedah UML, pembangun perisian cuma perlu merekacipta model dan kod java dijana oleh perisian. Kitar pembangunan perisian menjadi sangat pantas. Lihat jugaRujukan
Pautan luarDi Wikiversity, anda boleh mempelajari tentang:
|
Portal di Ensiklopedia Dunia