ECMAScript
ECMAScript ialah bahasa penskripan yang dipiawaikan oleh Ecma International dalam tentuan ECMA-262 dan ISO/IEC 16262. Bahasa ini digunakan meluas untuk penskripan pihak pelanggan di Jaringan Sejagat, dalam bentuk beberapa dialek yang terkemuka seperti JavaScript, JScript dan ActionScript. SejarahJavaScript asalnya dibangunkan oleh Brendan Eich dari Netscape menggunakan nama Mocha, kemudian LiveScript, dan akhirnya dinamakan JavaScript.[2] Dalam bulan Disember 1995, Sun Microsystems dan Netscape mengumumkan JavaScript dalam sebuah siaran akhbar.[3] Dalam bulan Mac 1996, Netscape Navigator 2.0 dikeluarkan dengan sokongan untuk JavaScript. Kerana berjayanya JavaScript sebagai bahasa penskripan pihak pelanggan untuk banyak laman web, Microsoft telah membangunkan sebuah dialek serasi bagi JavaScript dan menamakannya JScript supaya tiada masalah cap dagang. JScript menambah kaedah-kaedah tarikh untuk membaiki kaedah yang tidak mesra Y2K dalam JavaScript, yang berasaskan kelas Date dalam Java.[4] JScript telah disertakan bersama Internet Explorer 3.0, keluaran Ogos 1996. Netscape telah menghantar JavaScript ke Ecma International untuk dipiawaikan dan kerja keatas tentuannya, ECMA-262, dimulan pada November 1996.[5] Edisi pertama ECMA-262 telah dibangunkan oleh Ecma General Assembly bagi Jun 1997. Beberapa edisi piawai bahasa itu telah diterbitkan semenjak itu. ECMAScript ialah nama bagi bahasa penskripan yang dipiawaikan dalam ECMA-262. Nama "ECMAScript" merupakan persefahaman antara pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam memiawaikan bahasa itu, khasnya Netscape dan Microsoft, yang pertikaiannya mendominasi sesi-sesi awal bagi piawai tersebut. Brendan Eich, pencipta JavaScript, mengulas "ECMAScript adalah nama dagang yang sentiasa tidak diingini, bunyinya seperti sejenis penyakit kulit."[6] VersiLima edisi ECMA-262 telah diterbitkan dan kerja-kerja bagi edisi seterusnya, bernama kod "Harmony", sedang dilakukan.[7]
Pada Jun 2004, Ecma International menerbitkan piawai ECMA-357, mentakrifkan sambungan (extension) kepada ECMAScript, dikenali sebagai ECMAScript for XML (E4X). Ecma turut metakrifkan sebuah "Profil Padat" untuk ECMAScript — dikenali sebagai ES-CP, atau ECMA 327 — direka untuk peranti-peranti bersumber terhad. Beberapa tampilan dinamik bagi ECMAScript (seperti fungsi Rujukan
Lihat jugaPautan luar |
Portal di Ensiklopedia Dunia